Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan)untuk mendekati diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) dijalan-Nya agar kamu beruntung...
surah Al-Ma'idah,ayat 35
Showing posts with label warkah cinta wadda. Show all posts
Showing posts with label warkah cinta wadda. Show all posts

Monday, 2 April 2012

pergilah segala yang lalu

Kisah yg berlalu itu, biarlahkanlah ia pergi dibawa bayu.


Jangan terlalu menangisi akan kisah lalu sehingga terlupa untuk menghasilkan kisah baru. Hargai apa yg ada hari ini dan bergembiralah akan apa yg menantimu di kelak hari :)


♥ Apa yang berlaku dalam hidupmu, tiada pun yang kebetulan
♥ Apa yang ada hanyalah perancangan Ilahi yang sudah lama ditentukan


Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami - At Taubah: 5


Kita mungkin melalui pelbagai pengalaman yg kita tak suka dari kita kecil sehinggalah kita besar. Tetapi yg kita tak suka itulah juga yg byk mengajar & mendidik kita. 
Sebab itulah perkara yg nampak baik di mata kita tak semestinya baik untuk kita dan perkara yg tak baik di mata kita tak semestinya buruk untuk kita. Allah knows best :) ♥

Ya Allah, tidaklah aku minta jika tidak aku memerlukannya namun tidaklah Engkau beri melainkan bila aku benar-benar memerlukannya dan ianya baik bagiku :')

Pujuklah hatimu. Khabarkanlah kepadanya: ♥ Allah lebih tahu. Yakinlah pada perancanganNya ♥


di dedikasi khas buat teman & diri sendiri

Wednesday, 28 March 2012

Bilakah Doaku Akan Dimakbulkan


Daripada al-Nu’man bin Bashir r.a. Nabi S.A.W. bersabda: ‘Doa adalah ibadah.’
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Untuk diejanya perkataan doa memerlukan huruf yang sedikit sahaja, iaitu tiga huruf (D.O.A). Seringkas ejaannya maka begitulah perbuatannya. Berdoa adalah sebuah ibadah yang paling termudah dalam agama Islam.
Maka bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T sebagai Tuhan yang maha pemurah dan maha mengasihani yang mengurniaan sebuah ibadah yang dipanggil doa.
Di samping itu, doa menunjukkan perbezaan antara perhambaan manusia dan perhambaan dengan Tuhan. Allah S.W.T memberikan ibadah doa kepada kita sebagai medium dan tempat terbaik untuk meluahkan perasaan kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T.
Malah, Allah S.W.T sendiri melabelkan bahawa berdoa adalah sebuah ibadah yang mulia disisinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi S.A.W. bersabda:
Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T melainkan doa. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Tetapi dalam kalangan kita pula asyik memandang enteng akan kelebihan berdoa ini. Katanya berdoa ini bak kata pepatah ‘seperti menangguk air yang keruh’ iaitu seperti seusai solat, terus beredar tanpa berdoa sedangkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi menyatakan:
“Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah S.A.W. ditanya oleh seseorang: ‘Apakah doa yang lebih di dengar lebih makbul dan mustajab?’ Baginda bersabda: “Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat fardhu.”
Kita menyalahkan Allah S.W.T kerana tidak memakbulkan doa kita sedangkan kita tidak bersungguh-sungguh dalam meminta. Banyak hadis yang mengatakan keadaan, tempat dan waktu yang mustajabnya doa kita di antaranya:
  • Berdoa ketika berbuka puasa.
  • Berdoa ketika bermusafir.
  • Berdoa di antara waktu azan dan iqamah.
  • Berdoa di hujung solat-solat fardu.
  • Berdoa pada waktu penghujung malam.
  • Doa orang dizalimi.
  • Doa bapa kepada anaknya dan sebagainya.
Tetapi, adakah kita tahu bila masanya dia akan mengkabulkan doa kita?
Adakah esok, lusa atau sepuluh  tahun kemudian atau dia mungkin tidak memakbukan doa tersebut.
Adakah kita tahu, mengapa Allah S.W.T mengatur sedemikian rupa ?
Apabila Allah S.W.T segera memakbulkan doamu, maka dia menyayangimu.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah: 186)
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Menurut al-Khatabi:
“Jika Allah S.W.T tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya dari kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala.”
Menurut Hukama:
“Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi apa yang dipohon, atau menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak dari yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat.”
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah: 216)
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T, maksudnya:
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini.” (Hadis Qudsi)

Sunday, 25 March 2012

Cukup cintai ia dalam diam

Cukup cintai ia dalam diam, bukanlah dengan keterlaluan...


bukan kerana membenci hadirnya, tapi untuk menjaga kesuciannya..
bukan kerana menghindari dunia, tapi untuk meraih syurgaNya.. 
bukan kerana lemah untuk menghadapinya, tapi untuk mengelak godaan syaitan yang seringkali membinasakan manusia..

Cukup cintai ia dari kejauhan...

kerana hadirnya tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan dan dugaan..
kerana hadirnya hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan sebelum perkahwinan..
kerana hadirnya mungkin saja akan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga untuk Tuhan...

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...

kerana untuk memupuknya harapan bukannya menambah penderitaan..
kerana ingin menumbuhkan impian bukannya hanya akan mengundang kekecewaan..
kerana mengharapkan keredhaan Tuhan bukannya memberi kebahagiaan kepada syaitan...

Cukup cintai ia untuk kebahagiaan

kerana cinta bukanlah bersifat menerima, namun cinta itu adalah sanggup memberi kepadanya...
kerana cinta bukanlah seharusnya memilikinya, namun cinta itu adalah pengorbanan hati dan juga jiwa..
kerana cinta bukanlah semestinya menjadikannya pasangan kita, namun biarlah cinta itu ikhlas meskipun dia ditakdirkan bukan teman hidup kita..
kerana cinta itulah suatu kebahagiaan untuk dirinya di dunia, melalui doa yang sentiasa dipanjatkan untuk dirinya..

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( Al-Baqarah ayat 216)


Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

kerana tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankanlah rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

Semoga Allah mengurniakan kekuatan buat hati ini dalam menghadapi apa yang akan terjadi...