Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan)untuk mendekati diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) dijalan-Nya agar kamu beruntung...
surah Al-Ma'idah,ayat 35
Tuesday, 29 May 2012
Bergerak menjadi Muslimah yang BerIman dan Bergaya.. t'tarik nukilan pd http://langitilahi.com ...saja untuk pkongsian..
BerIman atau bergaya
Bagaimana yang dikatakan berIman? Bagaimana pula yang dikatakan bergaya? Iman seperti yang kita jelas dan fahami ialah suatu bentuk pernyataan dengan lidah, diyakinkan di hati dan dizahirkan melalui amalan seharian yang kita jalani sebagai hamba Ilahi.[Rujuk Surah Al-Baqarah 1-20]Bergaya ialah sesuatu yang amat dekat dengan fitrah insani dan fitrah seorang wanita. Bergaya itu merias diri dengan cantik, kemas, sedap mata memandang, sesuai dengan tempat dan keadaan. Bergaya juga sering kali dikaitkan dengan kemewahan dalam mempamerkan personaliti diri, pemakaian, pertuturan, pergaulan dan sebagainya. Banyak definisi dan pemahaman individu tentang istilah bergaya. Semuanya menjurus kepada fitrah insani yang Allah ciptakan suka kepada kecantikan, kebersihan dan kekemasan. “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas).” (Surah Al-A’raaf, ayat 31)Lalu apa yang telah membezakan keduanya? Dalam buku tersebut, Shelina telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan kenalannya. Beliau telah dijemput untuk menyampaikan sedikit ucapan kepada pengantin. Ketika itu, majlis hanya dihadiri oleh kaum wanita meraikan hari terakhir pengantin perempuan sebelum selamat diijabkabulkan. Dalam majlis tersebut juga, semua wanita diizinkan membuka tudung dan memakai pakaian yang tidak mereka pakai ketika berada dengan kaum lelaki. Memandang kepada dirinya yang tidak bertudung ketika itu dan memberi ucapan tentang perkahwinan dan Islam, seorang tetamu mendekati usai beliau berucap. “You stood up and looked so pretty and so fashionable that we thought, ‘What is this modern girl all dressed up, no headscarf, all trendy, going to be able to tell us about religion?’” I bit my tongue at the implicit idea that fashion and faith were mutually exclusive. She was not the only one who made that assumption. Those who were not familiar with Muslims and Islamic teachings often thought the same as her but in reverse: that wearing a headscarf meant a high quotient of zealousness and an inability to be fashionable. I let her continue, “But not only did you look beautiful, you also spoke beautifully. You touched our hearts and we were very very moved.” [page 125] Mereka yang tidak faham tentang Islam dan tidak biasa dengan ajaran Islam memandang bahawa, dengan menjadi seorang yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, anda adalah seorang yang tidak bergaya. Dan pandangan ini seolah-olah disokong apabila wujud dengan nyata segelintir mereka yang menjalani kehidupan sebagai seorang Islam tetapi selekeh dalam berpakaian, buruk pergaulan dan tidak kemas dalam kehidupan seharian. Tidak perlu memandang jauh ke negara Barat walau kajian yang sedang saya lakukan berputar dalam konteks Barat. Lihat pada realiti diri kita di sini. Adakah kita telah memisahkan Iman kita dengan gaya seorang Islam yang sebenar? Saya pernah bekerja di sebuah syarikat swasta milik kaum Cina. Pengalaman bergaul dengan rakan sekerja dari dua kelompok bangsa Cina dan India telah mengajar saya suatu realiti. Seorang teman sekerja Cina lelaki mendekati saya ketika kami sibuk menyiapkan tugasan pejabat. Dia memandang pakaian saya lalu berkata, “Saya pernah jumpa perempuan Islam seperti you. Tapi saya tak suka duduk dekat dengan mereka.” “Tentulah..you kan lelaki. Perempuan Melayu Islam macam saya mestilah duduk jauh-jauh dengan you.” ulas saya. “Bukan itu. Perempuan macam you yang saya jumpa selalu busuk. Badan mereka berbau. Pakaian tak kemas. Mereka menaiki kenderaan awam dan berada dengan orang awam dalam keadaan macam itu. Selalu juga saya jumpa macam itu. Tapi you lain. Saya ingat you pun macam mereka. Rupanya saya silap.” Maka dari situ saya tersedar sesuatu. Segelintir wanita Islam yang teman Cina saya jumpa itu telah memberikan pandangan negatif tentang wanita Islam yang berpakaian seperti saya, tudung litup menutupi dada, pakaian longgar dan tidak menampakkan bentuk badan. Mungkin dia hanya berjumpa seorang dua atau tiga. Tapi ini telah sedikit sebanyak merobek pandangannya tentang Islam dan wanita Islam itu sendiri. Mungkin kita tidak sedar akan hakikat ini kerana kita tidak pernah berpeluang berbual sendiri dengan mereka, tapi bila kebenaran ini disingkap alangkah malunya apabila sisi ini telah kita robek lalu memberi pandangan negatif terhadap Islam. Melihat pula pada situasi lain. Adik perempuan saya sedang mengambil jurusan komputer di salah sebuah kolej swasta. Saya pula sedang menghabiskan pengajian dalam Pengajian Sastera dalam Bahasa Inggeris Pascapenjajahan di UKM. Pengalaman kami, pernah didekati kelompok masyarakat, remaja dan pelajar yang menganggap bahawa kami ini pelajar jurusan agama. Dengan berpakaian begini, bertudung litup melebihi pinggang, berbaju longgar seringkali berjubah dan berbaju kurung serta memakai stokin kaki dan tangan, mereka anggap dan fikir kami ialah pelajar di fakulti pengajian Islam. Lalu bila dibentangkan kenyataan bahawa kami ini bukan pelajar pengajian Islam, mereka terkejut malah ada yang hairan. Saya kira pandangan ini sangat stereotaip dan masih di takuk lama. Mereka yang bergaya seperti ini seolah-olah hanya layak untuk dianggap pelajar jurusan agama. Hakikatnya, telah ramai yang seperti kami mendominasi bidang sains, perubatan, komputer dan pelbagai kursus profesional lain termasuk pengajian Bahasa Inggeris. Seperti juga yang berlaku pada Shelina dalam buku yang ditulis hasil dari pengalaman peribadinya. Beliau merupakan seorang graduan Universiti Oxford, tetapi dengan gaya Muslimah yang ditonjolkan telah menutup kenyataan itu. Malah beliau dipandang seperti: “You Muslim women are oppressed, forced to cover up and not express yourselves. You have to stay at home and men run everything.”[page 185] Adakah memilih untuk bergaya Muslimah tidak mengizinkan kami mendalami ilmu duniawi yang lain? Adakah dengan memilih untuk mengikut apa yang disarankan Allah dan Rasulullah tentang pakaian seorang Muslimah, kami tiada kebebasan untuk dikenali sebagai pelajar jurusan komputer, bahasa Inggeris dan lain-lain? Ketika di tahun kedua pengajian, terdapat satu kursus wajib yang perlu saya ikuti. Tugasan akhir kursus tersebut ialah menghasilkan sebuah teater yang perlu dipentaskan di hadapan pelajar UKM yang lain. Seorang teman saya telah terpilih memegang satu watak. Memandangkan judul teater yang kami pilih berputar dalam konteks Barat, maka segala bentuk props, pakaian, make up, lighting, pentas perlu diBaratkan. Teman saya menolak untuk memakai rambut palsu dan ingin kekal bertudung. Segelintir teman sekelas India, Cina dan Melayu tidak selesa dengan pendiriannya. Lalu, saya dan teman tersebut menjelaskan dengan baik akan pendirian kami. Alhamdulillah, teman saya berjaya melakonkan wataknya tanpa perlu menanggalkan tudung dan kekal menutup aurat. Adakah memilih untuk bergaya maka perlu dipinggirkan Iman dan Islam? Inilah segelintir pandangan-pandangan yang memisahkan antara menjadi seorang Islam yang berIman dan bergaya. Keadaan di Barat mungkin begitu, saya tidak arif. Pengetahuan dan pandangan saya hanya melalui pembacaan. Anda yang pernah ke sana, tinggal di sana pasti lebih arif. Tapi keadaan di sini, saya bentangkan melalui pengalaman-pengalaman. Namun begitu, pendapat dan pandangan saya masih terbatas. BerIman dan BergayaMaka, sedarlah kita bahawa tiada pemisahan antara menjadi Muslimah sebenar dan meneruskan kehidupan mengikut fitrah insani. Adakah dengan berpakaian selekeh, membiarkan tubuh badan berbau dan menonjolkan peribadi yang tidak kemas menunjukkan Iman dan Islam kita? Adakah dengan menjadi seorang yang bergaya tidak membenarkan kita berbicara tentang Islam? Adakah dengan berpakaian Muslimah yang sebenar seperti yang Allah gariskan dalam Al-Quran tidak mengizinkan kita dikenali sebagai pelajar bukan jurusan agama dan berpeluang belajar di universiti ternama? Adakah syarat untuk bergaya tidak mengizinkan kita berdiri dengan pendirian Islam kita? Kita semak diri kita. Saya sedang menyemak diri saya. Hanya segelintir cuma yang berpandangan begini. Hanya segelintir cuma yang bertindak dan bergerak begini, ingin bergaya maka Islam di letak ditepi, ingin menjadi Muslimah sebenar, gaya pula tak diambil peduli. Tidak saya nafikan, sekelompok yang lain telah bergerak dengan gaya dan Iman yang sebenarnya. Seperti yang saya kata tentang definisi bergaya,dari segi pemakaian, pertuturan, pergaulan, persekitaran, pelajaran, kerjaya, dan juga pendirian. Maka, bergerak sama lah kita untuk menjadi seorang yang berIman dan bergaya. Mereka yang telah berIman dan bergaya, maka bergeraklah untuk istiqamah agar boleh dicontohi oleh kami yang masih bertatih. Sepertimana contoh terbaik kita, Rasulullah saw yang telah Allah hadirkan untuk menyampaikan risalah dan menyempurnakan akhlak. BerIman dan bergaya yang bagaimana? Semak semula perintah Allah dan ajaran Rasulullah. PenutupSegala kebaikan itu hanya dari Allah. Kelemahan dan kekurangan adalah di pihak saya. Ini hanyalah berdasarkan kefahaman dan pengetahuan saya yang terbatas. Dalam usaha untuk menjadi Muslimah mukminah yang sebenar, pasti ada ujian dan halangan yang mendatang. Namun, jangan biarkan itu menjadikan kita lemah untuk bergerak merapatiNya. Jangan jadikan alasan untuk kita menggapai keseronokan dunia lalu ditinggalkan seruan dan perintahNya. Allah Allah Allah, tiada yang selayaknya kita mohon pertolongan dan hidayah melainkan dariNya. Semoga Allah tempatkan kita dalam golongan yang berIman dan bergaya. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment