"...Sesungguhnya Allah mengurniakan sesuatu bukanlah berdasarkan kemahuan dan keinginan diri hambaNya semata-mata, namun Dia kurniakan sesuatu kerana bergantung kepada keperluan hambaNya untuk menjadikan ia suatu terbaik bagi hambaNya..."
Setiap apa yang Allah kurniakan kepada kita, hargailah kehadirannya. Jangan sampai ia diambil kembali dari kita, barulah ingin menyesal kerana merasai kehilangannya. Dan setiap apa yang Allah halang dan tangguhkan untuk kita, redhakanlah ia. Kerana itu mungkin bukan terbaik untukmu di dunia..
"....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah ayat 216]
"...Allah itu adalah segala-gala bagiku..."
Meskipun tidak dikecapi apa yang kuharapkan di dunia, kenapa harus ku mempertikaikannya, kerana diriku tetap menjadi milik dan hambaNya. Meskipun yang dimiliki apa yang ku tak inginkan di jiwa, kenapa harus ku mengenepikannya, kerana ia tetap kurniaan dan pemberianNya..
"Allah itu Maha Mengetahui, Allah pasti ingin mendengar setiap rintihan hatiku. Allah itu Maha Mengetahui, Allah pasti mengerti pedih dan peritnya di qalbuku. Dan Allah itu Maha Mengetahui, Dia pasti tahu yang diriku masih punyai kekuatan untuk bangkit dari jatuh dan rebah bagi meneruskan langkah dapat menghadapi setiap musibah dan masalah..."
Ya Allah Ya Tuhanku.. Kuatkanlah hatiku.. harapanku adalah harapan padaMu kini..
No comments:
Post a Comment